Wednesday, June 17, 2009

Episod Terakhir

Masanya telah tiba untuk Ilham mempertaruhkan rekaciptanya di Robofair. Adakah dia akan membawa pulang hadiah utama RM100,000? Bagaimana pula dengan hubungan Ilham dan Misha? Apa pula berita baik yang akan merubah segalanya untuk Ilham? Semuanya akan terjawab dalam episod terakhir ini...

Tonton DI SINI

Monday, June 15, 2009

Episod 19

Tanpa disangka, Misha memberi jalan penyelesaian kepada Ilham untuk dapat memasuki pertandingan rekacipta robot itu semula. Ilham kini mendapat semangat baru untuk mencapai cita-citanya. Tapi bagaimana perhubungannya dengan Misha?

TONTON DI SINI

Friday, June 12, 2009

Episod 18

Ilham ke pejabat dan memberikan surat perletakan jawatan. Editor menerimanya dengan rasa berat hati dan memberitahu bahawa dia sebenarnya seorang penulis yang istimewa. Di luar, Eddie berpesta kerana beranggapan yang Ilham telah tewas di tangannya. Ilham kemudian pulang ke rumah dan mengemas barangannya. Tetapi, Misha tiba-tiba muncul…

TONTON DI SINI

Wednesday, June 10, 2009

Episod 17

Di kafe, Misha cuba memujuk Ilham. Tiga orang rakan geekya menyertai mereka dan Ilham memberitahu yang pelan pembinaan robotnya sudah hilang dan dia tidak dapat menyertai pertandingan mencipta robot tersebut. Ilham kemudian pulang dan mendapati ibunya sudah berada di biliknya…

TONTON DI SINI

Monday, June 8, 2009

Episod 16

Ilham ke rumah Farah tetapi Farah enggan membenarkannya masuk. Farah terus mengejek Ilham kerana perilakunya seperti seorang geek. Dia membaling CD gambar pemberian Ilham kepada Ilham. Ilham pulang dan memasukkan CD itu ke dalam komputer ribanya. Akibatnya…

TONTON DI SINI

Friday, June 5, 2009

Episod 15

Ilham ditugaskan menemubual seorang bintang Rock yang lalok. Temubual berakhir dengan keruh kala penyanyi Rock itu menyebut nama Farah. Ilham kemudian tiba di pejabat dan membaca artikel akhbar yang menggosipkan Farah dengan dirinya. Ilham tidak tahu apa yang perlu dilakukan tetapi kemudian dia menerima SMS dari Farah…

TONTON DI SINI

Wednesday, June 3, 2009

Episod 14

Ilham menemubual seorang gay dan bertukar pendapat mengenai perkara tersebut. Ilham kemudian bertemu Farah di sebuah pusat membeli-belah dan memberikan kejutan padanya. Farah sangat gembira. Tetapi apabila sekumpulan peminat mengerumuni dan meminta autografnya, Ilham merasa tersisih…



TONTON DI SINI

Monday, June 1, 2009

Episod 13

Ilham tiba di rumah Farah dan berjaya menyelesaikan masalah "kecemasan" Farah. Ilham kemudian memberi Farah "hadiah" istimewa. Farah kelihatan gembira dan mula menganggap Ilham sebagai teman lelakinya. Di pejabat, Ilham menyelaras sesi fotografi Farah untuk majalahnya. Tetapi apa pula reaksi Farah bila ternampak Misha di sana?

TONTON DI SINI

Friday, May 29, 2009

Episod 12

Ilham memberitahu editornya yang Farah marah kerana dia masih belum menjadi penghias muka depan. Tapi editornya menyuruh Ilham untuk terus mengambil kesempatan ke atas situasi tersebut. Sementara itu, Eddie sibuk bercerita tentang Misha di depan Ilham yang membuatkan Ilham naik berang…

TONTON DI SINI

Wednesday, May 27, 2009

Episod 11

Ilham dan Farah mula menghabiskan lebih banyak masa bersama dan kini mereka menjadi sangat rapat. Di kafe, Ilham menjawab panggilan ibunya dan Misha sedar yang Ilham tidak memberitahu perkara sebenar tentang kerjanya kepada ibunya. Ilham kemudian menerima panggilan daripada Farah yang sedang marah…

TONTON DI SINI

Monday, May 25, 2009

Episod 10

Ilham bersiap sedia untuk temu janjinya dengan Farah. Mereka kemudian bertemu di restoran dan Ilham terpegun dengan kecantikannya. Untuk memulakan bicara, Ilham bertanya kepada Farah tentang pendapatnya mengenai lelaki Metroseksual. Mereka mula mesra. Tapi tanpa disangka…

TONTON DI SINI

Friday, May 22, 2009

Episod 9

Di pejabat, Ilham mencadangkan kepada pengarangnya untuk menjadikan Farah penghias muka depan. Pengarangnya sedar yang Ilham sedang dipergunakan dan memberitahunya supaya ‘menjual mahal’. Ilham kemudian memberanikan diri dan menghubungi Farah untuk mengajaknya keluar. Apakah reaksi Farah?

TONTON DI SINI

Wednesday, May 20, 2009

Episod 8

Keadaan di pejabat sentiasa hangat dengan kehadiran wanita-wanita cantik tapi Ilham tetap buat tidak peduli. Bila ditegur Eddie, Ilham bertanyakan tentang hal one ‘night stand’. Di kafe yang biasa, Ilham menerima panggilan dari Farah yang mengucapkan terima kasih di atas pertolongan Ilham semalam. Misha mendengar perbualan ini dan rasa kurang senang…


TONTON DI SINI

Monday, May 18, 2009

Episod 7

Ilham pergi ke rumah Farah dan cuba membantu Farah dengan masalahnya. Farah kemudian mula mendekati Ilham dan dengan manjanya membuat satu lagi permintaan. Keadaan semakin hangat bila mereka berbicara tentang ‘one night stand’. Tapi dalam ‘kehangatan’ itu, tiba-tiba…

Tonton DI SINI

Tonton 'Mingguan Lelaki' Dan Menangi Wang Tunai!

Sudahkah anda menonton drama online eksklusif yang terbaru GUA, ‘Mingguan Lelaki’? Jika belum, tak apa, masih belum terlambat untuk mengikuti kisah menarik seorang geek yang jatuh cinta dengan selebriti hangat, yang mengenegahkan bakat-bakat muda hebat seperti Sari Yanti dan Fazren Rafi.

Dan kini, penonton juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai melalui pertandingan SMS ‘Mingguan Lelaki’. Caranya sangat mudah. Selepas menonton setiap episod ‘Mingguan Lelaki’ yang baru, taip ML dan hantar ke 37007. Soalan akan dihantarkan kepada anda. Anda boleh menjawab dengan menaip ML(jarak)pilih huruf dan hantar ke 37007. Kemudian, lengkapkan slogan ‘Saya suka menonton drama GUA kerana…’ dengan menaip ML(jarak)jawapan anda, dan hantar ke 37007.

Untuk setiap episod, wang tunai RM200 boleh dimenangi. Bukan itu saja, hadiah wang tunai bonus RM1,000 juga boleh dimenangi di hujung siri ‘Mingguan Lelaki’ ini!

Jadi, apa tunggu lagi? Tonton ‘Mingguan Lelaki’ dan menang!

Friday, May 15, 2009

Episod 6

Ilham mula berangan tentang duit RM100,000 yang boleh dimenangi jika dia menjuarai pertandingan cipta robot di Robofair. Dia kemudian menyiap-sediakan diri untuk menemuramah penyanyi sensasi yang dia juga minati, Farah. Temuramah berjalan dengan lancar tetapi Ilham dikejutkan dengan permintaan tak diduga dari Farah…

Tonton DI SINI

Monday, May 11, 2009

Episod 5

Ilham mendapat pujian dari editor atas tugasan pertamanya. Dan tanpa disangka, Ilham diberikan peluang untuk bertemu dengan wanita idamannya, Farah. Eddie merasa bengang. Misha yang kurang senang dengan perkembangan terbaru ini kemudian datang ke pejabat ‘Mingguan Lelaki’ secara mengejut…

Tonton DI SINI

Episod 4

Tugasan pertama Ilham membuatkan Misha merasa mual dan mereka berdebat mengenainya. Ilham juga menyatakan minat beliau terhadap penyanyi sensasi, Farah yang kurang disenangi Misha. Di pejabat ‘Mingguan Lelaki’, rakan sekerja Ilham, Eddie terus cuba menunjukkan ‘kuasa’. Adakah Ilham rasa tercabar?

Tonton DI SINI

Friday, May 8, 2009

Episod 3

Ilham diberikan tugasan pertama dan topiknya agak ‘rumit’. Sementara itu, Eddie cuba menunjukkan ‘kuasanya’ sebagai penulis kanan kepada Ilham dan menayangkan kehebatannya. Ilham pulang ke rumah dan berfikir tentang keputusannya untuk bekerja di majalah picisan itu. Adakah sesuai dengan perilaku dan jiwanya?

Tonton DI SINI

Wednesday, May 6, 2009

Episod 2

Hari pertama bekerja tiba buat Ilham, namun kejutan berlaku apabila dia diberitahu majalah IT itu telah pun dijual. Ilham kemudian memberitahu Misha yang dia telah ditawarkan untuk menjadi penulis bagi sebuah ‘majalah lelaki picisan’ bernama Mingguan Lelaki. Misha kurang bersetuju, tapi apa pula keputusan Ilham?

Klik SINI untuk menonton

Sunday, May 3, 2009

Mingguan Lelaki Bermula Hari Ini!

Drama GUA terbaru arahan Aziz M. Osman bermula hari ini! Untuk menonton, klik SINI. Episod baru akan ditayangkan setiap Isnin, Rabu & Jumaat.


Sinopsis Episod 1
Graduan baru Ilham teruja dengan temuduga kerja pertamanya di sebuah majalah IT. Dia juga bercita-cita memenangi hadiah wang tunai RM100,000 melalui robot ciptaannya. Selepas tamat temuduga, Ilham bertemu seorang gadis cantik, Misha. Adakah Ilham berjaya mendapat kerja idamannya? Apa pula perhubungan Ilham dan Misha?

Sunday, April 26, 2009

Nantikan 'Mingguan Lelaki' 4 Mei Ini Di GUA


Baru-baru ini, bertempat di Michaelangelo’s Ristorante & Bar M di Solaris Mont Kiara telah dilancarkan drama online terbaru gua.com.my (GUA), ‘Mingguan Lelaki’. Dibintangi pelakon baru yang sedang meningkat naik nama mereka, Sari Yanti, Fazren Rafi dan Memey Suhaiza, ‘Mingguan Lelaki’ merupakan percubaan kedua sutradara terkenal Aziz M. Osman di platform online selepas ‘Luna Fantasiku’ tahun lepas.
Menariknya tentang ‘Mingguan Lelaki’, skripnya dihasilkan oleh orang kuat GUA, pengurus besar, kandungan, jenama dan pemasaran Alt Media Sdn Bhd, M. Zulkifli Abdul Jalil, yang menjelaskan walaupun premis cerita sedikit sebanyak berdasarkan pengalaman peribadinya namun kebanyakkannya adalah fiksyen.Drama 20-episod ini mengisahkan tentang Ilham, lakonan Fazren, seorang ulat buku yang lurus bendul. Hasratnya untuk bekerja di sebuah majalah IT hancur apabila hari pertama melaporkan diri di pejabat di dapati majalah tersebut telah ‘tutup kedai’. Namun, nasibnya baik, kerana mendapat tawaran untuk menulis di sebuah majalah lelaki picisan.
Sedang dia sibuk menyesuaikan diri dengan kerja barunya, Ilham juga bekerja keras menyiapkan prototaip robotnya untuk penyertaan dalam sebuah pertandingan yang menawarkan hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM100,000. Ilham banyak mendapat galakan dari kawan karibnya, Misha (lakonan Sari Yanti), yang memendam perasaan terhadapnya. Tetapi kehadiran Farah, seorang penyanyi yang seksi dan menggoda, membuat Ilham hilang tumpuan.
Menurut Aziz, pada mulanya bimbang juga jika barisan pelakon yang dipilih pihak GUA tidak mampu menghidupkan watak yang diberikan. Tetapi setelah bekerjasama dengan mereka, dia memuji komitmen yang diberikan serta bakat mereka yang luarbiasa.
“Memey, contohnya. Mula-mula tu, saya tidak yakin dengannya. Mampukah dia menjadi seorang penggoda? Tapi dia memang bagus dan saya rasa dia akan menjadi bintang yang menyerlah. Kita patut beri perhatian padanya. Karektor yang dibawa berlainan sekali dari apa yang kita pernah lihat sebelum ini.”
‘Mingguan Lelaki’ akan menemui peminat bermula 4 Mei ini dengan episod baru setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat.

Thursday, April 23, 2009

Memey Suhaiza Dalam Mingguan Lelaki



by Li Ee Kee (gua.com.my)

Sudah hampir enam bulan selepas kejadian tangkap khalwatnya dengan Norman Hakim. Sepanjang masa itu, ditegaskan kedua-duanya tiada hubungan istimewa yang terjalin. Namun, bukti atas bukti terkeluar mendedahkan sebaliknya.


Tiga minggu lalu, ‘Melodi’ menyiarkan aduan seorang ahli jawatankuasa di kawasan perniagaan lokasi pejabat Norman. Walaupun nama pelakon lelaki dan wanita yang diadukan itu tidak didedahkan, namun ‘hint’ yang diberikan pakcik itu terlalu jelas. Baru-baru ini, gambar mesra mereka berdua menyambut harijadi tersebar luas. Bukti jelas di depan mata, mampukah tuan empunya diri menafikannya?“Saya tidak tahu bagaimana gambar itu boleh tersebar. Gambar itu hak dan privasi saya. (Sejauh mana hubungan saya dengan Norman) itu di antara saya dan Norman. Saya tak nafikan tapi saya juga tak mengiakan. Yang dapat saya katakan, kami kawan baik. Selebihnya terpulanglah pada orang ramai,” kata Memey yang mengakui gambar itu dirakam semasa sambutan harijadinya.


Tapi tidakkah kenyataan itu makan sendiri bila satu hari nanti diumumkan mereka akan berkahwin? “Benda itu privasi saya. Saya taknak berita saya bersama orang ini dan orang itu dikecohkan tetapi akhirnya, hubungan kami tidak berpanjangan. Lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang ini di mana orang ingin mencari kesalahan saya. Biar apa orang nak cakap, kami tahu keadaan kami. Tak perlu dikongsikan dengan semua orang apa perhubungan kami.”Tambahnya lagi, walaupun dia masih bekerja dengan Norman, menguruskan kerja-kerja admin, tetapi telah dihadkan masa ke pejabatnya, ekoran dari apa yang telah berlaku.Ikuti temubual selebihnya diantara GUA dengan Memey yang ditemui tengah hari tadi di sidang media pelancaran drama online terbaru gua.com.my, ‘Mingguan Lelaki’.


Semasa sidang akhbar tadi, pengarah Aziz M. Osman telah memuji Memey, mengatakan yang Memey akan menjadi bintang yang menyerlah dan kita patut memberi perhatian pada anda. Apa perasaan Memey bila mendengar pujiannya sebab sekarang ini nama Memey meningkat disebabkan kes khalwat dengan Norman dan bukannya bakat lakonan?
Saya gembira dan bersyukur kerana dia seorang pengarah yang berkaliber dan memang dikenali. Mendengarnya tadi memberi pengiktirafan kepada saya, ia sesuatu yang tidak disangka. Selepas penggambaran ‘Mingguan Lelaki’ selesai, bimbang juga jika lakonan saya tidak menjadi. Tapi bila sudah mendengarnya berkata begitu, lega rasanya. Saya puas kerja saya diiktiraf. Ini memberi saya semangat untuk terus tingkatkan usaha saya.Sebelum ini, saya pasti ramai yang kenal saya sebab lakonan tapi kini, saya akan terfikir, dia mengenali saya sebab lakonan atau kontroversi? Tapi saya buat tak tahu. Biar apa mereka nak kata. Saya tampil positif dan buat seperti biasa. Tapi setakat ini, saya belum berjumpa lagi orang yang marah atau maki saya. Legalah sebab takut juga jika terjumpa.


Dalam drama ‘Mingguan Lelaki’, Memey memainkan karektor Fara, seorang penggoda. Tidak bimbang ke Memey memainkan watak sebegini selepas apa yang telah berlaku? Ia seakan memperkukuhkan persepsi masyarakat terhadap diri Memey.
Apa yang orang lihat pada luaran saja. Terus terang watak Fara susah untuk dibawakan kerana ia bukan diri saya. Tapi saya melihatnya sebagai cabaran. Sebagai orang baru, saya tidak boleh ‘demand’ dan memilih watak. Saya juga tidak boleh terlalu ikutkan pandangan orang. Jika saya hanya memilih watak yang dirasakan ‘safe’, maka tidak nampak kebolehan saya sebagai pelakon.Saya akan di stereotaipkan dan penonton yang melihat lakonan saya akan merasakan tiada perubahan yang diberikan. Sebab itu, saya tidak terlalu fikirkan dan tunduk dengan pandangan orang. Bila diberikan peluang yang bagus seperti ‘Mingguan Lelaki’ dengan pengarah yang bagus, ini peluang keemasan yang tidak patut dilepaskan.


Boleh ceritakan sedikit tentang watak Memey dalam ‘Mingguan Lelaki’.
Farah seorang penyanyi, penggoda manja-manja. Ada tujuannya dia berkelakuan sedemikian, iaitu untuk kepentingan sendiri. Dia cuba memikat lelaki yang boleh memberi kepentingan untuk dirinya. Dia juga seorang yang suka lawa.


Bagaimana pengalaman bekerja dengan Aziz M.Osman?
Ini kali pertama saya bekerja di bawah arahannya dan memang takut sebab dia seorang yang garang. Pada masa yang sama, excited juga sebab dia pengarah yang ternama. Dia seorang pengarah yang bagus dan akan mengambil masa untuk mengajar kita. Dia juga memberi kita peluang untuk mencuba idea kita dan jika ada kekurangan, dia akan tambahkan.Projek lain yang sedang diusahakan Memey.Saya sedang menjalani penggambaran telemovie ‘Khatan’ untuk RTM dan ‘Roda-Roda KL’. Sebenarnya ada banyak lagi tawaran yang diterima tapi dari segi masa saya tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya. Saya taknak tamak. Bagi saya, kualiti itu lebih penting dari kuantiti.


Rezeki Memey nampaknya semakin bertambah selepas kes khalwat. Mungkin ada yang menganggap pihak produksi mengambil saya disebabkan kontroversi.
Saya tidak tahu apa yang difikirkan pihak penerbit bila mereka membuat keputusan untuk mengambil saya. Tapi saya memandangnya dari sudut yang positif kerana tidak mungkin sebuah produksi ingin menghancurkan produk sendiri dengan mengambil seorang pelakon kontroversi tetapi tidak ada bakat lakonannya.


Apa perancangan Memey jika sebaliknya yang berlaku, dimana tiada tawaran berlakon diterima?
Saya tak terfikir perkara itu sebab berlakon memang minat, cita-cita dan impian saya. Apabila sudah melangkah ke dalam industri ini, saya perlu berusaha untuk teruskan juga. Setakat ini, bertambah kekuatan saya untuk teruskan kerjaya ini. Tapi pada awalnya, selepas insiden itu, dirasakan dunia saya gelap.Saya bimbang dengan pandangan masyarakat dan bagaimana dengan kerjaya saya sebab saya masih terlalu baru dalam bidang ini. Namun dari feedback yang diterima, ia tidaklah seteruk yang disangka. Dan terfikir juga yang saya masih muda dan banyak lagi yang perlu dikejar dan dikerjakan. Biarkan apa pandangan orang. Saya tidak akan pandang belakang. Saya nak berjaya.

Saturday, April 18, 2009

Gambar-Gambar Di Sebalik Tabir Mingguan Lelaki




Untuk banyak lagi gambar-gambar, klik sini

Mingguan Lelaki Telah Tamat Penggambaran

Alhamdulillah, penggambaran "Mingguan Lelaki" telah pun tamat pada hujung minggu lepas. Penggembaran telah diadakan di sekitar kawasan Lembah Kelang dan telah digarap sutradara terkenal Aziz M. Osman.
..
Insya Allah, majlis pelancaran akan diadakan pada 20 April ini di Bar M, Mont Kiara.
..
Sementara itu, inilah dia logo drama "Mingguan Lelaki" yang akan bermula tayangannya pada 4 Mei 2009 hanya di http://www.gua.com.my/


Tuesday, March 31, 2009

Aziz M. Osman Pengarah Mingguan Lelaki!

Siri drama online terbaru "Mingguan Lelaki" bakal mendapat sentuhan pengarah terkenal Aziz M. Osman. Drama yang bakal ditayangkan secara eksklusif di gua.com.my ini akan bermula produksi penghujung minggu ini.




"Mingguan Lelaki" juga bakal dibintangi beberapa nama popular seperti Sari Yanti, Fazren Rizal, Khir Rahman. Pelakon kontroversial Memey Suhaiza juga dikatakan akan membintangi "Mingguan Lelaki".


Wednesday, February 25, 2009

Hello!

Nantikan update seterusnya!